Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah memberi jaminan tidak akan teragak-agak dalam memperjuangkan hak rakyat di kawasan itu.<br /><br />Hal ini bagi memastikan masyarakat pedalaman di kawasan trsebut tidak terus terpinggir dari pembangunan dan kemajuan negeri sekali gus keluar daripada belenggu kemiskinan.<br /><br />Malah katanya, lebih setahun pentadbiran kerajaan GRS-BN pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, pelbagai usaha pembangunan dibawa ke daerah itu.